Monday, 16 March 2015

Refleksi Pengetua Siri 1 / 2015

Sesi Refleksi Pengetua sekolah-sekolah Negeri Sembilan  Siri 1 Tahun 2015 dilangsungkan selama dua hari iaitu pada 16 hingga 17 Mac 2015 bertempat di Wana Riverside Hotel, Jalan Munshi Abdullah, Melaka. Lebih daripada 90% pengetua Negeri Sembilan telah dapat hadir pada sesi refleksi ini manakala selebihnya diwakili oleh penolong-penolong kanan pentadbiran masing-masing.

Penyampaian cenderamata daripada Hj.Sabuddin YDP MPSMNS kepada Timbalan Pengarah JPNS
Sesi Refleksi dimulakan dengan taklimat oleh Tuan Hj. Sabuddin Sani YDP MPSM Cawangan Negeri Sembilan diikuti oleh taklimat Tuan Pkharuddin bin Hj Ghazali, Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Sembilan yang menyampaikan ceramah berkaitan Pemimpin Abad Ke-21 dari 11.30 pagi hingga 12.30 tengah hari.
Pada sebelah petang hari pertama sesi refleksi, Pn. Hjh Radziah binti Abdul Manap, Ketua Sektor Pengurusan Akademik telah menyampaikan ceramah bertajuk Memperkasa Panitia Daerah.
Sesi sebelah petang diakhiri dengan taklimat Ketua Sektor Pengurusan Sekolah, Tuan Azmi bin Basir.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...