Wednesday 17 December 2014

Kembara MPSM Sempena Persidangan MPSM Ke-54

Persidangan Kebangsaan Pengurusan Pendidikan Pengetua Sekolah Malaysia Ke-54 atau ringkasnya Persidangan MPSM Kebangsaan Ke-54 akan diadakan pada 5 hingga 8 April 2015 bertempat di The Royale Bintang Resort and Spa dan Klana Resort, Seremban.

Kali terakhir MPSM Negeri Sembilan menjadi tuan rumah  Persidangan Kebangsaan Pengurusan Pendidikan Pengetua Sekolah Malaysia ini adalah pada tahun 2001, 13 tahun yang lalu, iaitu tahun bermulanya abad ke-21.

Sempena Persidangan MPSM Ke-54, MPSM Negeri Sembilan akan mengadakan Kembara MPSM (Jelajah Semenanjung) dari 23 Mac 2015 hingga 30 Mac 2015 (8 hari 7 malam). Keterangan ringkas kembara adalah seperti berikut: 
  1. Kembara bermula di SMK KGV pada Isnin 23 Mac 2015. Konvoi dilepaskan oleh YAB Dato' Seri Utama Menteri Besar Negeri Sembilan. 
  2. Destinasi pertama adalah WP Putrajaya bertemu KPPM dan Kuala Lumpur
  3. Peserta akan singgah di destinasi yang ditetapkan oleh MPSM negeri-negeri berkenaan. Satu negeri satu destinasi
  4. Di setiap destinasi, MPSMNS akan memberi input berupa ceramah motivasi kepada murid atau input LDP kepada guru dan / atau staf sokongan, mengedarkan banner untuk promosi persidangan, mengadakan pameran Negeri Sembilan sebagai Lembah Ilmu, promosi pelancongan melawat Negeri Sembilan, dan pameran aktiviti pendidikan di Negeri Sembilan
Ahli-ahli MPSM Negeri Sembilan adalah dipelawa untuk menyertai kembara ini. Penyertaan terbuka kepada 20 orang peserta sahaja. Peserta perlu menggunakan motosikal sendiri atau kereta sendiri. Jika berkereta, dua orang sahaja iaitu pemandu termasuk seorang penumpang bagi setiap kereta supaya konvoi menjadi panjang dan dapat membuat promosi MPSM dan persidangan 2015 dengan berkesan.

Tarikh tutup penyertaan dilanjutkan sehingga 15 Januari 2015.
Senarai nama peserta yang telah menyatakan persetujuan menyertai Kembara MPSM sehingga hari ini adalah seperti berikut:
  1. Haji Mohd bin Md Isa, SMK King George V
  2. Hajah Noraini binti Abd Manaf, SMK Tuanku Syed Idrus
  3. Haji Sabuddin bin Haji Sani, SM Sains Tuanku Munawir
  4. Haji Md Fiah bin Md Jamin, SMK Tunku Ampuan Durah
  5. Haji Hamidon bin Haji Khalid, SMK Senawang 3
  6. Encik Mohd Zaki bin Mohd Yusof, SMA Chuah
  7. Haji Nor Hashim bin Othman, SMK Undang Jelebu
  8. Hajah Hasnah binti Mohd Yasin, SMA Kuala Klawang
  9. Puan Saadiah binti Saad, SMK Taman Semarak
  10. Encik Ezaiddin bin Hussain, SMK Seri Perpatih - motosikal
  11. Encik Amir Fuad bin Mohd Dom, SMK Palong 2 - motosikal
  12. Encik Roslan bin Mohd Zainal, SMK Pasir Panjang - motosikal
  13. Encik Norazman bin Mohd Amin, SMK Dato' Undang Syed Ali Al-Jufri - motosikal
  14. Haji Ramli bin Ibrahim, mantan Pengetua SMK Taman Indah - motosikal
  15. Haji Zakaria bin Sapri, SMK Bandar Seri Jempol
  16. Haji Solahuddin bin Abd Rahman SMA Mohd Yatim
  17. Puan Hjh Siti Noridah bt Ujang SMK Dato Abdullah
  18. Encik Kamarulzaman bin Hasanuddin, SMK Tuanku Abdul Rahman
  19. Pegawai Teknologi Pendidikan, BTPN Negeri Sembilan - Dokumentasi
  20. Pegawai Teknologi Pendidikan BTPN Negeri Sembilan - Dokumentasi

Wednesday 3 December 2014

Tahniah dan Selamat Datang Ke MPSM Negeri Sembilan

Yang DiPertua dan  AJK MPSM Negeri Sembilan serta semua warga MPSMNS mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada 11 orang lagi pengetua baharu yang baru dilantik pada 1 Disember 2014 dan 22 Disember 2014. Kami mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan sebagai ahli baru MPSMNS. Semoga keanggotaan tuan-tuan dan puan-puan dapat meningkatkan lagi prestasi cemerlang bidang pendidikan di sekolah-sekolah di Negeri Sembilan.

Senarai pelantikan pengetua baharu adalah seperti berikut:
  1. Haji Roslin Balia, PKP SMK King George V  sebagai Pengetua SSNS SMK Zaba Kuala Pilah
  2. Mohamad Zaidi Ishak, PKHEM SMK King George V sebagai Pengetua SMK Dato Undang Abdul Manap
  3. Samsiah bt Mohd Shariff, PKP SMK Seri Pagi sebagai Pengetua SMK Dato Abdul Samad Tanjung Ipoh.
  4. Jamri bin Ahmad,  PKKo SMK Seremban Jaya 2 sebagai Pengetua SMK Bahau 2
  5. Norihan bt Ramly, PKHEM SMK Bukit Saujana sebagai Pengetua SMK Juasseh
  6. Faridah bt Sulan, PKP SMK Seri Jempol sebagai Pengetua SMK Lui Barat
  7. Elmy Azizan Abdul Aziz, PKKo SMK Serting Hilir Kompleks sebagai Pengetua SMK Senaling
  8. Norazman Mohd Amin, PKHEM SMK Undang Jelebu sebagai Pengetua Dato Undang Syed Ali Al-Jufri
  9. Roslan Mohd Zainal, PKP SMK Kompleks KLIA sebagai Pengetua SMK Pasir Panjang
  10. Siti A'isyah Sandra bt Abdullah, PKP SMK Tunku Besar sebagai Pengetua SMK Gemas
  11. Affendi Mohd Noor, PKP SMK Tuanku Abdul Rahman sebagai Pengetua SMK Bukit Jalor

Elmy Azizan, Pengetua baharu SMK Senaling


Roslan Mohd Zainal, Pengetua baharu SMK Pasir Panjang
Haji Roslin Balia, Pengetua baharu SSNS SMK Za.ba

Wednesday 27 August 2014

Tahniah Dato' Hajah Kalsom, Pengarah JPNS, di atas Pelantikan ke Gred JUSA C

AJK MPSM Negeri Sembilan dan seluruh warga pendidikan di Negeri Sembilan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Dato' Hajah Kalsom binti Khalid, Pengarah Pendidikan Negeri Sembilan di atas pelantikan ke Gred JUSA C. 


Sesungguhnya penghormatan dan pelantikan ini merupakan perkhabaran yang sangat menggembirakan seluruh warga pendidik dan jabatan kerana usaha-usaha di bawah kepimpinan Dato' Hajah Kalsom telah berjaya membawa tahap pendidikan di Negeri Sembilan ke mercu kegemilangan bersesuaian dengan slogan JPNS "Terbilang Dalam Kalangan Terbaik".

Monday 19 May 2014

Kursus Pendidikan Luar Eksplorasi Laut Tahun 2014

MPSMNS dengan kerjasama JPNS akan mengadakan Kursus Pendedahan Pendidikan Luar Eksplorasi Laut pada 10 Jun 2014 (Selasa) hingga 12 Jun 2014 (Khamis) di Pulau Tioman. Bas akan bertolak ke jeti di Tanjung Gemuk sama ada pada 9 Jun 2014 tengah malam (Isnin) atau 6.00 pagi Selasa.


Penyertaan TERHAD kepada 20 orang pengetua sahaja dan adalah di atas dasar Siapa Cepat Dia Dapat. Jumlah kos kursus adalah RM450 seorang termasuk kos bot pergi-balik dari jeti, makan-minum, penginapan chalet berhawa dingin berkongsi dua orang dan snorkeling. Tempat penginapan adalah di Salang Pusaka Resort.

Bayaran boleh dibuat ke akaun Majlis Pengetua Cawangan Negeri Sembilan CIMB Islamic nombor 0504 0000 528102. Sila faks salinan resit bayaran masuk kepada Bendahari MPSMNS, Puan Hajah Hamidah, Pengetua Cemerlang SMK Pendeta Za'ba, Seremban  di talian 06-679 5990 atau emel ke midahlawa@yahoo.com dan midon343@yahoo.com. Sebarang pertanyaan, hubungi Hamidon Khalid, SMK Senawang 3 di talian 012 3565 624 atau WhatsApp.

Tarikh tutup penyertaaan adalah pada Rabu, 1 Jun 2014 jam 12.00 tengahari.

Senarai peserta yang telah mengesahkan penyertaan adalah seperi berikut:
  1. Hamidon bin Khalid, SMK Senawang 3
  2. Mohd Zaki bin Mohd Yusop, SMR Agama Chuah - Jurulatih berlesen
  3. Solahuddin bin Abd Rahman, SMA Haji Mohd Yatim
  4. Kamaruzaman bin Jaffar, SMA Datok Haji Mustafa
  5. Lef.Kol. Haji Mohd Tahir bin Mustafa, SMK Tunku Besar, Tampin
  6. Haji Mohd Sazali bin Sam, SSNS SMK Za'ba Kuala Plah
  7. Haji Sabuddin bin Haji Sani, SM Sains Tuanku Munawir
  8. Azizan bin Aziz, SMK Bahau 2

Wednesday 23 April 2014

Makluman Berkaitan Soalan Peperiksaan Percubaan SPM 2014

Dimaklumkan penyediaan dan pengedaran soalan-soalan Peperiksan Percubaan SPM Tahun 2014 sedang diuruskan oleh MPSM Negeri Sembilan. Borang pesanan bilangan kertas soalan yang diperlukan telahpun diedarkan ke sekolah-sekolah berkenaan. Namun terdapat kekeliruan dari segi pembayaran dan alamat surat-menyurat berkaitan pesanan tersebut.

Pesanan dengan cek hendaklah ditulis atas nama MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA NEGERI SEMBILAN dan dialamatkan kepada: 
Pengetua Cemerlang
SMK Pendeta Za'ba
Taman Paroi Jaya
70400 Seremban

Sekian, terima kasih.

Thursday 3 April 2014

Mesyuarat Agung MPSM Negeri Sembilan Ke-53

Mesyuarat Agung MPSM Negeri Sembilan telah berjaya dilangsungkan di Klana Resort, Seremban pada 2 April 2014. MPSMNS sangat berbesar hati apabila Dato Hajah Kalsom binti Khalid, Pengarah Pendidikan Negeri Sembilan turut hadir menyampaikan amanat dan merasmikan mesyuarat. Terima kasih Dato'.



Pengarah Pendidikan Negeri Sembilan turut menyampaikan sumbangan  kepada pengetua-pengetua yang menerima rawatan kerana sakit, pengetua yang menerima menantu pertama, dan menyampaikan cenderamata kepada barisan AJK MPSMNS tahun 2012-2014.



Tuan Azmi bin Basir, Ketua Sektor Pengurusan Sekolah, selaku penasihat MPSM Negeri Sembilan turut hadir memeriahkan majlis.

Tuesday 25 March 2014

Cikgu Yang Dulu Cikgu Yang Sekarang

Ketika isu PBS sedang hangat diperkatakan dahulu, pelbagai rungutan dan komentar guru telah disampaikan dalam pelbagai media. baik di d Twitter, Instagram mahupun di Facebook. Adalah diharapkan dengan pengumuman Kementerian Pendidikan Malaysia tentang penambahbaikan PBS baru-baru ini dapat meredakan ketegangan yang timbul dan guru-guru dapat memfokus semula kepada enam aspirasi murid seperti yang digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025.

Di bawah ini diperturunkan serikata lagu Aku Yang Dulu oleh adik Tegar yang diubahsuai menjadi Cikgu Yang Dulu Cukgu Yang Sekarang yang merupakan antara keluhan guru pada ketika itu.

1..Cikgu yang dulu bukanlah yang sekarang,
Dulu disayang sekarang tidak dipandang,
Dulu dulu dulu cikgu bahagia,
Sekarang cikgu menderita,

2. Cita citaku menjadi orang berjasa,
Duluku senang sekarang Masya Allah,
Bersyukurlah pada Yang Maha Kuasa,
Memberi jalan untuk ku semua,

3. Hidup cikgu dulunya seorang pengajar,
Sekarang lebih pada kerja kerani
Mengejar cita cita paling mulia
Membantu mendidik anak bangsa

4. Sekolah dulu cikgu duduk sekejap
Sekarang terpaksa sampai ke malam
Tetapi cikgu tak berputus asa,
Pasti Yang Kuasa memberi jalannya..

(ulang Rangkap 3 (2x) dan 4)

(ulang Rangkap 1)

Cita citaku menjadi orang berjasa oi..
Duluku senang sekarang Masya Allah,
Bersyukurlah pada Yang Maha Kuasa,
Memberi … ohh….memberi jalan untuk ku semua,

Wednesday 15 January 2014

Makluman: Majlis Profesionalisme Bersama Dato/ Pengarah Pendidikan

Suatu majlis profesionalisme bersama Dato Hajah Kalsom binti Khalid, Pengarah Pendidikan Negeri Sembilan akan diadakan di Klana Resort, Seremban pada hari Khamis bersamaan 16 Januari 2014 bermula jam 2.00 petang. Semua pengetua dikehendaki hadir.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...