Saturday 10 December 2011

MAJLIS 'JASAMU DIKENANG SENTIASA-















Bertempat di Royal Adelphi, Seremban, MPSMNS telah mengadakan satu majlis khas meraikan rakan-rakan pengetua yang telah bersara dan akan bersara pada hujung tahun ini. Majlis yang dimulakan sekitar jam 3.30 petang berjaya menghimpunkan sekitar 80 orang pengetua dengan 6 orang rakan yang telah bersara dan akan bersara.

Majlis ini adalah merupakan acara tahunan meraikan rakan pengetua yang bersara bagi sessi bulan Jun -Disember. Walaupun ada lagi rakan pengetua yang termasuk di dalam senarai berkenaan, namun, hanya 6 orang sahaja yang hadir.

Majlis dimulai dengan ucapan ringkas YDP MPSMNS iaitu, Tuan Hj. Kamaruddin yangmengimbas kenangan bersama rakan-rakan pengetua dan mengucapkan selamat bersara kepada mereka. Beliau juga turut mendoakan agar rakan-rakan terus sihat dan berbahagia di samping keluarga.

Majlis seterusnya menjemput setiap rakan-rakan pesara pengetua menyampaikan ucapan. Rata-rata mereka menyatakan kegembiraan dan kesyukuran setelah berjaya menamatkan perkhidmatan dengan cemerlang. Mereka turut melahirkan keriangan kerana kini mereka mempunyai masa untuk bersama keluarga, melayan anak-anak dan melakukan perkara-perkara yang selama ini tidak dapat dilaksanakan disebabkan kesibukan bekerja. Namun, apa yang nyata , kesemuanya terasa begitu 'kehilangan ' untuk mendidik anak-anak murid dan bersama para pelajar! Bagi yang masih berkhidmat, mereka menasihatkan agar menumpukan segala usaha dengan penuh minat untuk menyumbang ke arah kecemerlangan pendidikan. Begitulah semangat jitu yang masih kukuh di dalam jiwa pendidik-pendidik ini.

Sebelum menamatkan majlis, YDP MPSMNS juga telah menyampaikan sumbangan cenderamata kepada setiap pesara sebagai tanda terima kasih di atas sokongan dan kerjasama terhadap MPSMNS selama ini. Kita doakan agar rakan-rakan kita ini akan diberkati Allah kehidupan mereka, beroleh kesihatan dan berbahagia di samping keluarga. InsyaAllah..

Dalam majlis ini juga, Krew LENSA SMK Taman Tuanku Jaafar telah diberikan kepercayaaan untuk mengambil gambar-gambar majlis dan gambar setiap pengetua untuk tujuan menyediakan kad pengenalan kepada setiap ahli MPSMNS. Pihak MPSMNS merakankan ucapan terima kasih dan syabas kepada Krew LENSA yang diketuai oleh Puan Sabariah . InsyaAllah , pada masa hadapan , kita akan dapat bekerjasama lagi..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...