Friday 27 September 2013

Mesyuarat Agung MPSM CNS Kali Ke-52

Mesyuarat Agung MPSM Cawangan Negeri Sembilan telah dijalankan di The Royale Bintang Hotel, Seremban pada Jumaat 6 September 2013. Mesyuarat agung kali ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Hajah Kalsom binti Khalid, Pengarah Pendidikan Negeri Sembilan. Turur hadir adalah Tuan Azmi bin Basir, Ketua Sektor Pengurusan Sekolah selaku Penasihat MPSMNS.

Ketibaan Pengarah Pendidikan Negeri Sembilan

Sebahagian daripada pengetua Negeri Sembilan yang hadir
Pada mesyuarat agung ke-52 ini, tiada pemilihan AJK dibuat kerana perlembagaan MPSMNS menetapkan pemilihan dibuat secara dwitahunan. Mesyuarat agung telah berjalan dengan lancar dengan empat usul dibentangkan yang diterima dengan sedikit perubahan.


Selepas mesyuarat agung dan perasmian selesai, jamuan Hari Raya Adilfitri diadakan dalam suasana yang sangat meriah.

Tuesday 10 September 2013

Kursus Pendedahan Pendidikan Luar dan Penghayatan Taman Laut untuk Pengetua

MPSMNS dengan kerjasama JPNS akan mengadakan Kursus Pendedahan Pendidikan Luar dan Penghayatan Taman Laut di Pulau Perhentian Besar, Terengganu pada 29 September 2013 (Ahad) hingga 1 Oktober 2013 (Selasa). Bas akan bertolak ke jeti di Kuala Besut pada 28 September 2013 (Sabtu).


Penyertaan TERHAD kepada 30 orang pengetua sahaja dan adalah di atas dasar Siapa Cepat Dia Dapat. Jumlah kos kursus adalah RM400 seorang termasuk kos bot pergi-balik dari jeti, makan-minum (termasuk satu BBQ), penginapan chalet berkongsi dua orang dan snorkling serta pengangkutan pergi-balik. Bayaran boleh dibuat kepada Bendahari MPSMNS, Puan Hajah Hamidah, Pengetua Cemerlang SMK Tunku Ampuan Durah.

Berikut adalah senarai peserta yang telah menyatakan persetujuan:
  1. Haji Hamidon bin Haji Khalid, SMK Senawang 3
  2. Haji Mohd Zaki bin Mohd Yusop, SMRA Chuah, Port Dickson
  3. Hajah Hamidah binti Burok, SMK Tunku Ampuan Durah - menarik diri pada 22/09/13
  4. Haji Nor Hashim bin Othman, SMK Undang Rembau - menarik diri pada 17/09/13
  5. Abd.Halim bin Md Yunus, SMK Mambau - menarik diri pada 15/09/13
  6. Rusli bin Sharkom, SMV Ampangan
  7. Haji Solahuddin bin Abd Rahman, SMA Haji Mohd Yatim
  8. Leftenan Kolonel Haji Mohd Tahir bin Mustafa, SMK Tunku Besar, Tampin
  9. Haji Ramli bin Ibrahim, SMK Taman Indah
  10. Hajah Nurul Azmi binti Zaini, SMK Tunku Syed Idrus
  11. Haji Mohamad Jamil bin Othman, SMRA Nilai
  12. Haji Mohd Sazali bin Sam, SSNS SMK Zaaba
  13. Haji Md Fiah bin Md Jamin, SMK Kompleks KLIA
  14. Haji Sabuddin bin Sani, SMS Tuanku Munawir - menarik diri pada 18/09/13

Thursday 30 May 2013

Persidangan Kebangsaan Pengurusan Pendidikan Pengetua Sekolah Malaysia Ke-52

Persidangan Kebangsaan Pengurusan Pendidikan Pengetua Sekolah Malaysia Ke-52 telah selamat dijalankan di Hotel Promenade, Kota Kinabalu, Sabah. Seramai 25 orang pengetua dari Negeri Sembilan  telah menyertai persidangan yang berlangsung pada 22 hingga 25 April 2013 yang lalu.


Tema persidangan kali ini adalah "Kepimpinan Berprestasi Tinggi Menjana Pendidikan Berkualiti" yang mengajak semua pengetua mengamalkan kepimpinan berprestasi tinggi secara berterusan bagi menghasilkan modal insan yang dinamik, progresif serta memiliki jati diri yang tinggi selaras dengan aspirasi Falsafah Pendidikan Negara.

Hari pertama persidangan pada Isnin 22 April 2013 dimulakan dengan taklimat urusetia pengelola persidangan dan ucapan Haji Muhamad Khailani Abdul Jalil, YDP MPSM Kebangsaan pada 8.00 malam. Untuk makluman, waktu Maghrib di Kota Kinabalu adalah pada jam 6.24 petang.

Pada hari kedua persidangan (23 April 2013) diadakan Ceramah Profesional bertajuk Kepimpinan Berprestasi Tinggi Meningkatkan Keberhasilan Murid yang disampaikan oleh Yang Berbahagia Datuk Dr. Amin bin Senin, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Sektor Dasar dan Pembangunan Pendidikan.


Majlis perasmian persidangan telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tan Sri Abdul Ghafar bin Mahmud, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia mewakili Menteri Pelajaran Malaysia. Di sebelah petang pula diadakan satu forum bertajuk Kepimpinan Berprestasi Tinggi Menjana Pendidikan Berkualiti dbarisi oleh tiga ahli panel iaitu Dato' Haji Mohd Ghazali bin Abdul Rahman, Pengarah Bahagian Pendidikan Guru, Dr. Nai'mah binti Ishak, Pengarah Lembaga Peperiksaan Malaysia dan Profesor Dr. Mornie bin Kambrie, Ketua Eksekutif SIDMA, UNITAR Sabah manakala Encik Abdullah bin Md. Yunus, Pengarah Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bertindak sebagai moderator.

Pada hari ketiga persidangan (Rabu 24 April 2013) pula diadakan dua slot ceramah iaitu ceramah korporat dan ceramah profesional. Ceramah Korporat diberikan oleh Datuk Wira Dr. Haji Ameer bin Mydin dari Mydin Holding Berhad. Ceramah Profesional yang bertajuk Sarana Ibu Bapa disampaikan oleh Dr. Jamil Adimin, Tmbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Sektor Dasar dan Puan Asiah Hamzah, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian selepas minum pagi. Pada sebelah petang diadakan lawatan penandaarasan ke lima belas sekolah menengah di sekitar Kota Kinabalu oleh lima belas kumpulan. Pada sebelah malam pula diadakan majlis makan malam yang dinamakan Songom Derampun.

Pada hari terakhir persidangan (Khamis 25 April 2013), mesyuarat agung MPSM Kebangsaan ke-52 diadakan di sebelah pagi manakala majlis perasmian penutupan diadakan selepas minum pagi. Majlis Perasmian Penutupan persidangan disempurnakan oleh Tuan Haji Sufa'at bin Tumin, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Sektor Operasi Pendidikan).

Friday 8 March 2013

Senarai Peserta Kursus Membina dan Mengurus Blog

Berikut disenaraikan nama-nama peserta yang terpilih mengikuti kursus Membina dan Mengurus Laman Blog yang dijadualkan pada 19 Mac 2013 bertempat di PKG Ampangan:
  1. Tuan Haji Kamaruddin bin Haji Ibrahim
  2. Tuan Haji Ab Kadir bin Nordin
  3. Puan Hajah Hamidah binti Burok
  4. Puan Hajah Nooraini binti Mohd Darus
  5. Leftenen Kolonel Haji Mohd Tahir bin Mustafa
  6. Tuan Haji Nor Hashim bin Othman
  7. Puan Hajah Hasnah binti Mohd Yasin
  8. Tuan Haji Mohd Jamil bin Othman
  9. Puan Saadiah binti Saad
  10. Puan Yatimah binti Jiram
  11. Puan Hajah Nurul Azmi binti Zaini
  12. Encik Kamarulzaman bin Haji Hasanuddin
  13. Tuan Haji Sabuddin bin Sani
  14. Tuan Haji Awalludin bin Mat Din
  15. Puan Hajah Lailawati binti Ahmad
  16. Tuan Haji Rosdin bin Kasim
  17. Puan Hajah Siti Noridah binti Ujang
  18. Tuan Haji Hamidon bin Haji Khalid
  19. Datin Hajah Faraded binti Mohd Dom
  20. Puan Misliah binti Masari
  21. Tuan Haji Md Fiah bin Md Jamin
  22. Puan Hajah Noorizan binti Ab Latif
  23. Puan Noraini binti Manaf
Penyertaan masih dibuka kepada 5 4 3 orang pengetua lagi
PENDAFTARAN TELAH DITUTUP. HARAP MAKLUM.

Sila hubungi Hj.Hamidon Hj.Khalid di talian 012-3565 624 untuk menyertai kursus. SMS diterima.

Thursday 28 February 2013

Kursus Membina dan Mengurus Blog Tahun 2013

Majlis pengetua Sekolah Malaysia (MPSM) Cawangan Negeri Sembilan akan mengadakan Kursus Membina dan Mengurus Blog seperti ketatapan di bawah:

  1. Tarikh: 19 Mac 2013 (Selasa)
  2. Tempat: PKG Ampangan
  3. Masa: 8.30 pagi - 4.30 petang
  4. Peserta: Terbuka kepada semua ahli MPSMCNS yang telah membayar yuran keahlian 
  5. Had bilangan peserta: 30 orang sahaja berdasarkan Siapa Cepat Dia Dapat
  6. Bayaran pendaftaran: RM5 sahaja
Peserta dikehendaki membawa laptop sendiri dan extension wire. Pastikan laptop telah dilengkapi dengan browser Google Chrome untuk memudahkan pengendalian bengkel.

Kepada ahli-ahli yang berminat, sila buat pengesahan kepada: Haji Hamidon bin Haji Khalid, SMK Senawang 3 melalui telefon 012-3565 624 atau emel midon343@yahoo.com sebelum atau pada 10 Mac 2013 jam 12.00 tengahari.

Gambar hiasan sahaja

Friday 4 January 2013

Pertukaran Pengetua Mulai 2 Januari 2013 dan Pelantikan Pengetua Baru 2013

Sukacita dimaklumkan dua orang rakan pengetua telah bertukar sekolah mulai 2 Januari 2013.
Pertukaran tersebut adalah seperti berikut:
1. Tuan Haji Rosdin bin Kasim, Pengetua Cemerlang SMK Dato' Undang Syed Ali Al-Jufri (SMK Simpang Gelami) bertukar ke SMK Pendeta Zaba, Seremban

2.  Leftenen Kolonel Haji Mohd Tahir Mustapha, Pengetua Cemerlang SMK Datuk Abdullah, Astana Raja bertukar ke SMK Tunku Besar Tampin.

Pelantikan pengetua baru mulai 2 Januari 2013 pula adalah seperti berikut:
1.  Puan Hajah Siti Noridah Ujang, Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Tampin dilantik sebagai Pengetua SMK Datuk Abdullah, Astana Raja, Kota.

2. Puan Azizah Musa, Penolong Kanan Pentadbiran SMK Seremban 2 dilantik sebagai Pengetua SMK Dato' Undang Syed Ali Al-Jufri
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...