Hala Tuju MPSMNS


KERTAS KONSEP HALA TUJU MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA CAWANGAN NEGERI SEMBILAN

TARIKH     :   5 Oktober 2018 bersamaan 28 Muharram 1440 Hijrah
TEMPAT   :   SMK Dato’ Sedia Raja, 71309 Rembau, Negeri Sembilan.


Kertas Konsep ini dimajukan untuk sokongan
Yang Amat Berhormat Menteri Besar
Negeri Sembilan
Darul Khusus





1.    PENGENALAN
1.1         Majlis Pengetua Sekolah Malaysia Cawangan Negeri Sembilan (MPSMNS) merupakan sebuah permuafakatan yang bernaung di bawah Kementerian Pendidikan             Malaysia yang berfungsi bukan sahaja memertabatkan profesion kepengetuaan tetapi juga membantu Jabatan dan Kementerian Pendidikan dalam mencapai hasrat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) selari dengan Falsafah Pendidikan Negara.

1.2         MPSM adalah akronim kepada Majlis Pengetua Sekolah Malaysia yang sebelum ini dikenali sebagai Persidangan Kebangsaan Pengetua-Pengetua Sekolah Menengah atau singkatannya PKPSM. MPSM adalah sebuah badan yang menyatukan para pengetua seluruh negara yang mendasari matlamat memperjuangkan kelangsungan pendidikan menyeluruh dan bertanggungjawab kepada pembangunan pendidikan negara.

1.3         Manakala MPSM Cawangan Negeri Sembilan pula adalah kelangsungan MPSM Kebangsaan dalam memperjuangkan kecemerlangan pendidikan di Negeri Sembilan selari dengan perubahan yang dilaksanakan dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan mendorong MPSMNS untuk melahirkan kepimpinan yang berprestasi  tinggi ke arah kemenjadian pelajar.  Di samping itu MPSMNS akan memperkasakan Akta Pendidikan 550 (1996) yang mengesahkan bahawa murid-murid hadir ke sekolah perlu dilengkapi dengan pengetahuan, kemahiran dan pembangunan sahsiah yang kuat ke arah pembinaan bangsa yang berteraskan kepada rukun negara yang menjadi asas utama dalam pembentukan bangsa Malaysia.

1.4         Sehubungan dengan itu MPSMNS komited dalam usaha ke arah melonjakkan pencapaian pendidikan murid-murid khususnya di Negeri Sembilan Darul Khusus.

Kertas Konsep ini mengandungi inisiatif yang telah dirangka bagi membantu Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan dan Kerajaan Negeri bagi mencapai objektif dan hala tuju pendidikan di peringkat negeri.
Inisiatif-inisiatif ini dirangka meliputi tiga aspek utama :
a ) Pembangunan kepimpinan kepengetuaan.
b ) Pembangunan kualiti guru.
c  ) Pembangunan kemenjadian  murid.

2.    OBJEKTIF

2.1         Memastikan semua program yang dirancang selari dengan dasar  Kementerian             Pendidikan Malaysia  dan Kerajaan Negeri untuk melahirkan Anak yang Baik lagi Cerdik (ABC).

2.2         Memastikan semua aktiviti yang dirancang dilaksanakan mengikut takwim dan kos  yang dibida seperti yang tercatat dalam OPPM Tahun  2018-2019.

2.3         Memimpin dan membimbing Pengetua Novis untuk meningkatkan kompetensi kepimpinan pendidikan.

2.4         Menjadikan Negeri Sembilan berada dalam kelompok TIGA TERBAIK KEBANGSAAN dalam peperiksaan awam.

 3.    MATLAMAT

Dalam konteks  mempertingkat keberkesanan dan kecekapan sistem pendidikan negara, melalui peningkatan pencapaian sekolah-sekolah di Negeri Sembilan, MPSMNS berhasrat:

3.1         Memperkembangkan taraf keprofesionalan personel perkhidmatan pendidikan sebagai pendidik, pentadbir dan sebagai agen-agen perubahan dalam strategi pendidikan negara.
3.2         Memperkembangkan secara sistematis amalan-amalan perancangan dan pengurusan pendidikan yang berkaitan dengan matlamat negara di mana perubahan yang dilakukan adalah berkonsep perubahan terancang.
3.3         Memantapkan kompetensi kepimpinan pertengahan ke arah melahirkan pemimpin pelapis yang berkualiti.
3.4         Untuk menghasilkan generasi berprestasi tinggi hasil daripada kualiti kepimpinan pendidikan yang  berkesan.

4.    RASIONAL

Era globalisasi Abad ke-21 ternyata memberi  impak yang signifikan dalam pembangunan sosio-ekonomi di Malaysia.  Dalam konteks ini, pembangunan pendidikan menjadi semakin penting, lebih-lebih lagi apabila kerajaan berhasrat menjadikan Malaysia sebagai ‘Pusat Kecemerlangan Pendidikan’.  Namun begitu, hasrat ini hanya boleh dicapai jika pencapaian kemajuan pendidikan kebangsaan berjaya ditingkatkan melalui personel yang kompeten dalam bidang kepimpinan (leadership) dan pengurusan. Dalam hal ini MPSMNS sentiasa mencari  jalan dan bergerak secara bijaksana ke arah meningkatkan pengetahuan, kebolehan dan kemahiran pengurusan serta kepimpinan pendidikan. Hal ini selari dengan  hasrat kerajaan negeri  untuk melahirkan pemimpin sekolah yang mengamalkan konsep Bersih, Muafakat dan Sejahtera.


5.    HALA TUJU MPSMNS 2018/2019

5.1         Memperkasakan kompetensi kepengetuaan Negeri Sembilan

5.1.1               Kolokium ( PGB/PK 1/ HEM / Kokurikulum)
5.1.2               Program Menganalisa Data & Psikometrik         
5.1.3               Simposium Pendidikan & laluan Kerjaya
5.1.4               Forum Perundangan dan Tindakan                    
5.1.5               Perkongsian Amalan Terbaik                   
5.1.6               Team Building         
5.1.7               Profil Pengetua                   
5.1.8               Portal MPSM 2018             
5.1.9               Penulisan Sejarah Sekolah                      
5.1.10             Buletin MPSM                     
5.1.11             Bengkel e RPH       
5.1.12             NLP (Mentoring and coaching)                            

5.2         Meningkatkan kompetensi dan kualiti guru.

5.2.1               NLP (Mentoring and coaching) bagi guru NOVIS
5.2.2               Kursus khas bagi guru baru

5.3         Meningkatkan kualiti sekolah dan kemenjadian murid

5.3.1               Program dan aktiviti  peningkatan akademik Tingkatan 5 dan 6
                      5.3.2               Modul peningkatan akademik SPM dan STPM


6.    IMPAK

6.1         Standard 1 dan 2 (hala tuju dan kepimpinan) dalam SKPMg2 mencapai tahap cemerlang.
6.2         Meningkatkan bilangan Pengetua Cemerlang sehingga ke tahap JUSA C.
6.3         Standard 4 (kualiti Pdpc) guru ke tahap cemerlang.
6.4         Standard 5 (Kemenjadian Murid) ke tahap cemerlang.

7.                                                   
8.    PENUTUP

Inisiatif yang dirancang ini adalah usaha berterusan untuk membantu Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan khususnya dan Kerajaan Negeri amnya bagi memastikan kemenjadian anak-anak negeri dalam bidang pendidikan. Justeru, MPSMNS merupakan pemimpin barisan pertama di sekolah terpanggil untuk merangka inisiatif yang dirasakan mampu menjulang martabat pendidikan di Negeri Sembilan. Oleh yang demikian MPSMNS yakin dan percaya Kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar akan mengambil perhatian selaras dengan hala tuju pendidikan yang digariskan di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Kerajaan Negeri Sembilan.

9. LAMPIRAN
            9.1 Lampiran A – OPPM
            9.2 Lampiran B – Program-program MPSMNS 2018

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...