Wednesday 19 December 2012

Tahniah Puan Hajah Kalsom binti Khalid

MPSM Negeri Sembilan dan seluruh warga pendidik Negeri Sembilan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Puan Hajah Kalsom binti Khalid, Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Sembilan yang telah dilantik sebagai Pengarah Pelajaran Negeri Sembilan yang baru.
Sesungguhnya MPSM Negeri Sembilan dan seluruh warga pendidik Negeri Sembilan merasa amat bangga di atas pelantikan ini memandangkan Puan Hajah Kalsom telah menabur bakti dan memberi sumbangan yang bermakna dan berterusan sejak menjadi guru di Negeri Sembilan. Semoga anak-anak Negeri Sembilan bertambah maju dalam bidang pendidikan impak daripada pelantikan. Tahniah.

Monday 17 December 2012

Tahniah Atas Pelantikan dan Selamat Berpindah

MPSM Negeri Sembilan mengucapkan tahniah kepada Datin Maimon binti Maarof, Penolong Kanan Pentadbiran SMK Bukit Kepayang, Seremban yang telah dilantik sebagai Pengetua SMK Tunku Besar Burhanuddin (SMKTBB) Seri Menanti  mulai 1 Disember 2012 yang lalu. Selamat bertugas di tempat baru dan selamat menyertai MPSM Negeri Sembilan.
MPSM Negeri Sembilan juga mengucapkan selamat bertugas di sekolah baru kepada empat orang rakan pengetua yang telah berpindah ke sekolah baru mulai 1 Disember 2012. Majlis penerimaan watikah pelantikan telah diadakan di Balai Gadang, JPNS pada 12 Disember 2012 yang lalu. Semoga sekolah yang ditinggalkan dan sekolah baru yang dipimpin bertambah cemerlang.
Senarai pertukaran adalah seperti berikut:
  1. Tuan Haji Mohd Sazali Sam dari SMK Tunku Besar Burhanuddin, Seri Menanti ditukarkan ke Sekolah Sains Sukan SMK Za'ba Kuala Pilah.
  2. Encik Zakaria Sapri dari Sekolah Sains Sukan SMK Za'ba Kuala Pilah ditukarkan ke SMK Seri Jempol.
  3. Puan Hajah Norlida Jantan dari SMK Seri Jempol ditukarkan ke SMK Datuk Mansor, Bahau.
  4. Puan Hajah Kamilah Saleh dari SMK Datuk Mansor ditukarkan ke SMK Dato' Mohd Said, Nilai.

Thursday 13 December 2012

Mesyuarat MPSMNS Kali Kedua 2012/2013

Mesyuarat kedua MPSM Negeri Sembilan telah diadakan pada Rabu 12 Disember 2012 kali ini bertempat di SMK Pendeta Za'ba, di Taman Panchor Jaya, Seremban. Mesyuarat kali ini turut disertai oleh Tuan Azmi bin Basir, Ketua Sektor Pengurusan Sekolah, JPNS, selaku Penasihat MPSM Negeri Sembilan. Semua AJK MPSM NS mengucapkan berbanyak terima kasih di atas kesudian tuan hadir ke mesyuarat kali ini. 


Mesyuarat dimulakan dengan ucapan daripada Tuan Haji Kamaruddin bin Haji Ibrahim, Yang DiPertua MPSMNS diikuti oleh taklimat Ketua Sektor Pengurusan Sekolah. Dalam taklimatnya, Tuan Azmi bin Basir  menekankan tentang lima perkara yang perlu dilengkapkan pada hari pertama persekolahan iaitu 1Murid 1Kerusi 1Meja 1Set buku teks dan P & P bermula waktu ke-2. Selain daripada itu, beliau memaklumkan semua mesyuarat berkaitan guru, takwim, kurikulum, HEM, kokurikulum dan panitia mata pelajarn telah dilakukan sebelum hari pertama persekolahan. Program pemantauan akhir tahun akan bermula dari 17 Disember hingga 27 Disember 2012 untuk meninjau dan membantu sekolah misalnya dari aspek kekurangan guru dan kekurangan kerusi dan meja murid.

Pada akhir sesi mesyuarat, satu majlis penyerahan cenderamata oleh MPSMNS kepada Puan Hajah Norlia Abdul Karim, Pengetua SMK Pendeta Za'ba diadakan kerana sumbangan beliau sebagai Penolong Setiausaha MPSMNS dan sempena persaraan beliau mulai 2 Januari 2013.

Pada mesyuarat kedua ini, majlis turut melantik Puan Yatimah binti Jiram, Pengetua SMK Tunku Ampuan Najihah sebagai Penolong Setiausaha MPSMNS yang baru menggantikan Puan Hajah Norlia.

Thursday 4 October 2012

Mesyuarat Agung MPSM CNS Kali Ke-51

The Royal Bintang Hotel, Seremban
MPSM Cawangan Negeri Sembilan telah berjaya mengadakan mesyuarat agungnya yang ke-51 pada 13 September 2012 bertempat di The Royale Bintang Hotel, Seremban bermula jam 2,30 petang. Majlis telah dirasmikan oleh Dato' Abdul Halim bin Abdul Razak, Pengarah Pelajaran Negeri Sembilan. 

Mesyuarat kali ini melibatkan pemilihan AJK bagi sesi 2012 dan 2013. Bagi agenda pemilihan AJK MPSM Negeri Sembilan, Tuan Haji Mohd bin Md Isa yang merupakan AJK MPSM Kebangsaan telah dipilih untuk mempengerusikan agenda pemilihan AJK baru bagi sesi 2012 dan 2013.

Senarai Jawatankuasa MPSM Cawangan Negeri Sembilan yang telah dilantik oleh ahli-ahli bagi Sesi 2012/2013 adalah seperti berikut:
  1. Yang DiPertua: Tuan Haji Kamaruddin bin Haji Ibrahim (SMK Batu Kikir Model Khas)
  2. Timbalan Yang DiPertua: Tuan Haji Sabuddin bin Haji Sani (SM Sains Tuanku Munawir, Seremban)
  3. Setiausaha Kehormat: Puan Saadiah Saad (SMK Taman Semarak, Nilai)
  4. Penolong Setiausaha Kehormat: Puan Hajah Norlia Abd Karim (SMK Pendeta Za'ba, Seremban)
  5. Bendahari: Puan Hajah Hamidah Burok (SMK Tunku Ampuan Durah, Seremban)
  6. Wakil Daerah Seremban: Tuan Haji Awalludin Mat Din (SMK Senawang)
  7. Wakil Daerah Seremban: Tuan Haji Hamidon Haji Khalid (SMK Senawang 3)
  8. Wakil Daerah Seremban: Puan Hajah Nooraini Mohd Darus (SMK Seremban Jaya)
  9. Wakil Daerah Seremban: Tuan Haji Mohd Jamil Othman (SM Agama Nilai)
  10. Wakil Daerah Port Dickson: Tuan Haji Ramli Othman (SMK Datuk Muhammad Yusof, Linggi)
  11. Wakil Daerah Port Dickson: Puan Zainab Yaacob (SMK Tinggi Port Dickson)
  12. Wakil Daerah Kuala Pilah: Puan Hajah Noorizan Abd Latif (SM Sains Tuanku Jaafar)
  13. Wakil Daerah Kuala Pilah: Tuan Haji Mohd Sazali Sam (SMK Tunku Besar Burhanuddin)
  14. Wakil Daerah Jempol: Puan Umi Kalthum Mustafa (SMK Palong 7)
  15. Wakil Daerah Jempol: Tuan Haji Norfaimi Mohamad Nor (SMK Bahau 2)
  16. Wakil Daerah Jelebu: Tuan Haji Rosdin Kasim (SMK Dato' Undang Syed Ali Al-Jufri)
  17. Wakil Daerah Jelebu: Tuan Haji Nor Hashim Othman (SMK Undang Jelebu)
  18. Wakil DaerahTampin: Puan Hajah Nurul Azmi Zaini (SMK Tunku Syed Idrus)
  19. Wakil Daerah Tampin: Encik Kamarulzaman Haji Hasanuddin (SMK Jelai Felda, Gemas)
  20. Wakil Daerah Rembau: Leftenan Kolonel Haji Mohd Tahir Mustafa (SMK Datuk Abdullah)
  21. Wakil Daerah Rembau: Tuan Haji Solahuddin Abd Rahman (SM Agama Haji Mohd Yatim)
Mesyuarat diakhiri dengan Jamuan Hari Raya Aidil Fitri dan bersuai-kenal serta bertukar-tukar fikiran dalam kalangan ahli majlis.

Catatan: Klik sini untuk melihat gambar-gambar sekitar Mesyuarat Agung Ke-51

Friday 17 February 2012

Tahniah Dato' Abdul Halim Abdul Razak

MPSM Negeri Sembilan mewakili semua pengetua dan seluruh warga sekolah masing-masing mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Berbahagia Dato' Abdul Halim bin Abdul Razak, Pengarah Pelajaran Negeri Sembilan di atas pengurniaan darjah kebesaran Darjah Setia Bakti Negeri Sembilan (D.B.N.S.) yang membawa gelaran Dato' daripada Duli Yang Maha Mulia Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan sempena hari keputeraan baginda yang ke-64 pada 14 Januari 2012 yang lalu.


Warga MPSM sungguh berbangga dengan pengurniaan ini di atas sumbangan bakti dan kecemerlangan perkhidmatan Dato' dalam meningkatkan pencapaian bidang pelajaran di Negeri Sembilan. Sesungguhnya pengiktirafan ini akan meningkatkan lagi komitmen semua pengetua dan warga sekolah masing-masing untuk bersama-sama Dato' menjayakan visi dan misi Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...