AJK MPSM Negeri Sembilan dan seluruh warga pendidikan di Negeri Sembilan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Dato' Hajah Kalsom binti Khalid, Pengarah Pendidikan Negeri Sembilan di atas pelantikan ke Gred JUSA C.
Sesungguhnya penghormatan dan pelantikan ini merupakan perkhabaran yang sangat menggembirakan seluruh warga pendidik dan jabatan kerana usaha-usaha di bawah kepimpinan Dato' Hajah Kalsom telah berjaya membawa tahap pendidikan di Negeri Sembilan ke mercu kegemilangan bersesuaian dengan slogan JPNS "Terbilang Dalam Kalangan Terbaik".
Semua Warga SMK Senawang 3 @ SMK Taman Forest Heights mengucapkan tahniah kepada Dato' Hajah Kalsom di atas pelantikan ini. Ini membuktikan kesungguhan Dato' dalam membangunkan status pendidikan di Negeri Sembilan bersama warga pendidik dan kakitangan sokongan di Negeri Sembilan. Tahniah dan syabas!
ReplyDeleteKami warga SMK Senawang mengucapkan tahniah dan syabas kepada Ybhg Dato` Hajah Kalsom binti Khalid di atas kenaikan pangkat ke Gred JUSA C. Kami berbangga dengan penghargaan yang diberikan KPM kepada Pengarah Pendidikan Negeri Sembilan. Moga Ybhg Dato` terus gigih membangunkan pendidikan yang berkualiti di Negeri Sembilan.
ReplyDelete