Wednesday, 21 September 2011

Mesyuarat Agung MPSM Negeri Sembilan Ke-50

Mesyuarat Agung MPSM Negeri Sembilan telah selamat diadakan pada hari Selasa 20 September 2011 bertempat di Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir (SASER), Seremban bermula jam 8.30 pagi 20 September 2011 bersamaan 22 Syawal 1432 Hijrah. Pada tahun ini tiada pemilihan Ahli Jawatankuasa dibuat mengikut perlembangan Majlis Pengetua Sekolah Malaysia, MPSM. Mesyuarat dipengerusikan oleh Tuan Haji Kamaruddin bin Haji Ibrahim, Yang DiPertua MPSM Negeri Sembilan. Selepas mesyuarat agung, Tuan Haji Kamaruddin telah menyampaikan satu slot ceramah bertajuk Peranan Pemimpin dalam Memperkasa Organisasi. Yang Berbahagia Tuan Abdul Halim Abdul Razak, Pengarah Pelajaran Negeri Sembilan telah sudi hadir untuk merasmikan penutupan mesyurat. Majlis diakhiri dengan jamun Hari Raya Aidil Fitri.



Gambar 1
Gambar 2
Gambar 3
Gambar 4
Gambar 5
Gambar 6
Gambar 7
Gambar 8
Gambar 9
Gambar 10
Gambar 11
Gambar 12
Gambar 13
Gambar 14
Gambar 15
Pencatat minit

Tuesday, 23 August 2011

Tahniah Tuan Haji Zakaria Sulaiman dan Puan Hajah Radiah Jonet

Warga MPSM Negeri Sembilan mengucapkan tahniah kepada Tuan Haji Zakaria bin Sulaiman, Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah Sukan Negeri Sembilan SMK Za'ba, Kuala Pilah di atas pelantikan sebagai pengetua baharu SMK Jelai Kuala Pilah. mulai 1 Ogos 2011.

Ucapan tahniah juga disampaikan kepada Puan Hajah Radiah binti Jonet, Pengetua Cemerlang SMK Jelai Kuala Pilah yang ditempatkan sebagai pengetua baharu di SMK Tunku Besar Tampin pada tarikh yang sama. Semoga pelantikan dan perpindahan ini dapat meningkatkan prestasi kedua-dua buah sekolah tersebut dan menyumbang kepada peningkatan tahap kecemerlangan pendidikan di Negeri Sembilan.

Friday, 19 August 2011

Selamat Bersara Puan Jainah

Seluruh warga MPSM Cawangan Negeri Sembilan mengucapkan Selamat Bersara kepada Puan Jainah binti Jantan, Pengetua Cemerlang SMK Tunku Besar Tampin yang telah bersara wajib pada 2 Ogos 2011 yang lalu. Juga diucapkan selamat menyambut hari lahir pada 3 Ogos 2011. Terima kasih di atas jasa dan sumbangan puan  dalam membangunkan sekolah-sekolah yang puan pimpin di sepanjang tempoh perkhidmatan puan. Semoga puan berbahagian di samping keluarga tersayang dan sentiasa dapat memberi sumbangan kepada warga pendidik selepas persaraan ini.

Thursday, 12 May 2011

Selamat Bersara

Selamat Bersara diucapkan kepada Y.Bhg. Datin Hjh Zakiah bt. Kassim, Pengetua SMKA Pedas pada 18 Mei 2011. Tahniah atas perkhidmatan yang cemerlang, semoga semuanya diberkati Allah s.w.t.

Mesyuarat Pengujian & Penilaian

MPSM N.Sembilan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tuan Pengarah Pelajaran Negeri Sembilan atas kesudian beliau merasmikan mesyuarat tersebut.

Wednesday, 13 April 2011

Selamat Bersara

Selamat Bersara diucapkan kepada Y.Bhg. Dato' Haji Azam b. Haji Md. Atan, Pengetua Cemerlang (Jusa C) SMS Rembau mulai 17 April 2011.  Semoga segala jasa yang ditaburkan sepanjang perkhidmatan Y.Bhg. Dato' diberkati Allah swt. Kami mendoakan kesejahteraan dan kebahagian Y.Bhg. Dato' serta keluarga sepanjang masa.
Daripada YDP MPSMNS & AJK.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...