Wednesday, 23 April 2014

Makluman Berkaitan Soalan Peperiksaan Percubaan SPM 2014

Dimaklumkan penyediaan dan pengedaran soalan-soalan Peperiksan Percubaan SPM Tahun 2014 sedang diuruskan oleh MPSM Negeri Sembilan. Borang pesanan bilangan kertas soalan yang diperlukan telahpun diedarkan ke sekolah-sekolah berkenaan. Namun terdapat kekeliruan dari segi pembayaran dan alamat surat-menyurat berkaitan pesanan tersebut.

Pesanan dengan cek hendaklah ditulis atas nama MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA NEGERI SEMBILAN dan dialamatkan kepada: 
Pengetua Cemerlang
SMK Pendeta Za'ba
Taman Paroi Jaya
70400 Seremban

Sekian, terima kasih.

Thursday, 3 April 2014

Mesyuarat Agung MPSM Negeri Sembilan Ke-53

Mesyuarat Agung MPSM Negeri Sembilan telah berjaya dilangsungkan di Klana Resort, Seremban pada 2 April 2014. MPSMNS sangat berbesar hati apabila Dato Hajah Kalsom binti Khalid, Pengarah Pendidikan Negeri Sembilan turut hadir menyampaikan amanat dan merasmikan mesyuarat. Terima kasih Dato'.



Pengarah Pendidikan Negeri Sembilan turut menyampaikan sumbangan  kepada pengetua-pengetua yang menerima rawatan kerana sakit, pengetua yang menerima menantu pertama, dan menyampaikan cenderamata kepada barisan AJK MPSMNS tahun 2012-2014.



Tuan Azmi bin Basir, Ketua Sektor Pengurusan Sekolah, selaku penasihat MPSM Negeri Sembilan turut hadir memeriahkan majlis.

Tuesday, 25 March 2014

Cikgu Yang Dulu Cikgu Yang Sekarang

Ketika isu PBS sedang hangat diperkatakan dahulu, pelbagai rungutan dan komentar guru telah disampaikan dalam pelbagai media. baik di d Twitter, Instagram mahupun di Facebook. Adalah diharapkan dengan pengumuman Kementerian Pendidikan Malaysia tentang penambahbaikan PBS baru-baru ini dapat meredakan ketegangan yang timbul dan guru-guru dapat memfokus semula kepada enam aspirasi murid seperti yang digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025.

Di bawah ini diperturunkan serikata lagu Aku Yang Dulu oleh adik Tegar yang diubahsuai menjadi Cikgu Yang Dulu Cukgu Yang Sekarang yang merupakan antara keluhan guru pada ketika itu.

1..Cikgu yang dulu bukanlah yang sekarang,
Dulu disayang sekarang tidak dipandang,
Dulu dulu dulu cikgu bahagia,
Sekarang cikgu menderita,

2. Cita citaku menjadi orang berjasa,
Duluku senang sekarang Masya Allah,
Bersyukurlah pada Yang Maha Kuasa,
Memberi jalan untuk ku semua,

3. Hidup cikgu dulunya seorang pengajar,
Sekarang lebih pada kerja kerani
Mengejar cita cita paling mulia
Membantu mendidik anak bangsa

4. Sekolah dulu cikgu duduk sekejap
Sekarang terpaksa sampai ke malam
Tetapi cikgu tak berputus asa,
Pasti Yang Kuasa memberi jalannya..

(ulang Rangkap 3 (2x) dan 4)

(ulang Rangkap 1)

Cita citaku menjadi orang berjasa oi..
Duluku senang sekarang Masya Allah,
Bersyukurlah pada Yang Maha Kuasa,
Memberi … ohh….memberi jalan untuk ku semua,

Wednesday, 15 January 2014

Makluman: Majlis Profesionalisme Bersama Dato/ Pengarah Pendidikan

Suatu majlis profesionalisme bersama Dato Hajah Kalsom binti Khalid, Pengarah Pendidikan Negeri Sembilan akan diadakan di Klana Resort, Seremban pada hari Khamis bersamaan 16 Januari 2014 bermula jam 2.00 petang. Semua pengetua dikehendaki hadir.

Friday, 27 September 2013

Mesyuarat Agung MPSM CNS Kali Ke-52

Mesyuarat Agung MPSM Cawangan Negeri Sembilan telah dijalankan di The Royale Bintang Hotel, Seremban pada Jumaat 6 September 2013. Mesyuarat agung kali ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Hajah Kalsom binti Khalid, Pengarah Pendidikan Negeri Sembilan. Turur hadir adalah Tuan Azmi bin Basir, Ketua Sektor Pengurusan Sekolah selaku Penasihat MPSMNS.

Ketibaan Pengarah Pendidikan Negeri Sembilan

Sebahagian daripada pengetua Negeri Sembilan yang hadir
Pada mesyuarat agung ke-52 ini, tiada pemilihan AJK dibuat kerana perlembagaan MPSMNS menetapkan pemilihan dibuat secara dwitahunan. Mesyuarat agung telah berjalan dengan lancar dengan empat usul dibentangkan yang diterima dengan sedikit perubahan.


Selepas mesyuarat agung dan perasmian selesai, jamuan Hari Raya Adilfitri diadakan dalam suasana yang sangat meriah.

Tuesday, 10 September 2013

Kursus Pendedahan Pendidikan Luar dan Penghayatan Taman Laut untuk Pengetua

MPSMNS dengan kerjasama JPNS akan mengadakan Kursus Pendedahan Pendidikan Luar dan Penghayatan Taman Laut di Pulau Perhentian Besar, Terengganu pada 29 September 2013 (Ahad) hingga 1 Oktober 2013 (Selasa). Bas akan bertolak ke jeti di Kuala Besut pada 28 September 2013 (Sabtu).


Penyertaan TERHAD kepada 30 orang pengetua sahaja dan adalah di atas dasar Siapa Cepat Dia Dapat. Jumlah kos kursus adalah RM400 seorang termasuk kos bot pergi-balik dari jeti, makan-minum (termasuk satu BBQ), penginapan chalet berkongsi dua orang dan snorkling serta pengangkutan pergi-balik. Bayaran boleh dibuat kepada Bendahari MPSMNS, Puan Hajah Hamidah, Pengetua Cemerlang SMK Tunku Ampuan Durah.

Berikut adalah senarai peserta yang telah menyatakan persetujuan:
  1. Haji Hamidon bin Haji Khalid, SMK Senawang 3
  2. Haji Mohd Zaki bin Mohd Yusop, SMRA Chuah, Port Dickson
  3. Hajah Hamidah binti Burok, SMK Tunku Ampuan Durah - menarik diri pada 22/09/13
  4. Haji Nor Hashim bin Othman, SMK Undang Rembau - menarik diri pada 17/09/13
  5. Abd.Halim bin Md Yunus, SMK Mambau - menarik diri pada 15/09/13
  6. Rusli bin Sharkom, SMV Ampangan
  7. Haji Solahuddin bin Abd Rahman, SMA Haji Mohd Yatim
  8. Leftenan Kolonel Haji Mohd Tahir bin Mustafa, SMK Tunku Besar, Tampin
  9. Haji Ramli bin Ibrahim, SMK Taman Indah
  10. Hajah Nurul Azmi binti Zaini, SMK Tunku Syed Idrus
  11. Haji Mohamad Jamil bin Othman, SMRA Nilai
  12. Haji Mohd Sazali bin Sam, SSNS SMK Zaaba
  13. Haji Md Fiah bin Md Jamin, SMK Kompleks KLIA
  14. Haji Sabuddin bin Sani, SMS Tuanku Munawir - menarik diri pada 18/09/13

Thursday, 30 May 2013

Persidangan Kebangsaan Pengurusan Pendidikan Pengetua Sekolah Malaysia Ke-52

Persidangan Kebangsaan Pengurusan Pendidikan Pengetua Sekolah Malaysia Ke-52 telah selamat dijalankan di Hotel Promenade, Kota Kinabalu, Sabah. Seramai 25 orang pengetua dari Negeri Sembilan  telah menyertai persidangan yang berlangsung pada 22 hingga 25 April 2013 yang lalu.


Tema persidangan kali ini adalah "Kepimpinan Berprestasi Tinggi Menjana Pendidikan Berkualiti" yang mengajak semua pengetua mengamalkan kepimpinan berprestasi tinggi secara berterusan bagi menghasilkan modal insan yang dinamik, progresif serta memiliki jati diri yang tinggi selaras dengan aspirasi Falsafah Pendidikan Negara.

Hari pertama persidangan pada Isnin 22 April 2013 dimulakan dengan taklimat urusetia pengelola persidangan dan ucapan Haji Muhamad Khailani Abdul Jalil, YDP MPSM Kebangsaan pada 8.00 malam. Untuk makluman, waktu Maghrib di Kota Kinabalu adalah pada jam 6.24 petang.

Pada hari kedua persidangan (23 April 2013) diadakan Ceramah Profesional bertajuk Kepimpinan Berprestasi Tinggi Meningkatkan Keberhasilan Murid yang disampaikan oleh Yang Berbahagia Datuk Dr. Amin bin Senin, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Sektor Dasar dan Pembangunan Pendidikan.


Majlis perasmian persidangan telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tan Sri Abdul Ghafar bin Mahmud, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia mewakili Menteri Pelajaran Malaysia. Di sebelah petang pula diadakan satu forum bertajuk Kepimpinan Berprestasi Tinggi Menjana Pendidikan Berkualiti dbarisi oleh tiga ahli panel iaitu Dato' Haji Mohd Ghazali bin Abdul Rahman, Pengarah Bahagian Pendidikan Guru, Dr. Nai'mah binti Ishak, Pengarah Lembaga Peperiksaan Malaysia dan Profesor Dr. Mornie bin Kambrie, Ketua Eksekutif SIDMA, UNITAR Sabah manakala Encik Abdullah bin Md. Yunus, Pengarah Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bertindak sebagai moderator.

Pada hari ketiga persidangan (Rabu 24 April 2013) pula diadakan dua slot ceramah iaitu ceramah korporat dan ceramah profesional. Ceramah Korporat diberikan oleh Datuk Wira Dr. Haji Ameer bin Mydin dari Mydin Holding Berhad. Ceramah Profesional yang bertajuk Sarana Ibu Bapa disampaikan oleh Dr. Jamil Adimin, Tmbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Sektor Dasar dan Puan Asiah Hamzah, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian selepas minum pagi. Pada sebelah petang diadakan lawatan penandaarasan ke lima belas sekolah menengah di sekitar Kota Kinabalu oleh lima belas kumpulan. Pada sebelah malam pula diadakan majlis makan malam yang dinamakan Songom Derampun.

Pada hari terakhir persidangan (Khamis 25 April 2013), mesyuarat agung MPSM Kebangsaan ke-52 diadakan di sebelah pagi manakala majlis perasmian penutupan diadakan selepas minum pagi. Majlis Perasmian Penutupan persidangan disempurnakan oleh Tuan Haji Sufa'at bin Tumin, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Sektor Operasi Pendidikan).
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...