MPSM Negeri Sembilan mewakili semua pengetua dan seluruh warga sekolah masing-masing mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Berbahagia Dato' Abdul Halim bin Abdul Razak, Pengarah Pelajaran Negeri Sembilan di atas pengurniaan darjah kebesaran Darjah Setia Bakti Negeri Sembilan (D.B.N.S.) yang membawa gelaran Dato' daripada Duli Yang Maha Mulia Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan sempena hari keputeraan baginda yang ke-64 pada 14 Januari 2012 yang lalu.
Warga MPSM sungguh berbangga dengan pengurniaan ini di atas sumbangan bakti dan kecemerlangan perkhidmatan Dato' dalam meningkatkan pencapaian bidang pelajaran di Negeri Sembilan. Sesungguhnya pengiktirafan ini akan meningkatkan lagi komitmen semua pengetua dan warga sekolah masing-masing untuk bersama-sama Dato' menjayakan visi dan misi Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan.