Saturday, 10 December 2011
MAJLIS 'JASAMU DIKENANG SENTIASA-
Bertempat di Royal Adelphi, Seremban, MPSMNS telah mengadakan satu majlis khas meraikan rakan-rakan pengetua yang telah bersara dan akan bersara pada hujung tahun ini. Majlis yang dimulakan sekitar jam 3.30 petang berjaya menghimpunkan sekitar 80 orang pengetua dengan 6 orang rakan yang telah bersara dan akan bersara.
Majlis ini adalah merupakan acara tahunan meraikan rakan pengetua yang bersara bagi sessi bulan Jun -Disember. Walaupun ada lagi rakan pengetua yang termasuk di dalam senarai berkenaan, namun, hanya 6 orang sahaja yang hadir.
Majlis dimulai dengan ucapan ringkas YDP MPSMNS iaitu, Tuan Hj. Kamaruddin yangmengimbas kenangan bersama rakan-rakan pengetua dan mengucapkan selamat bersara kepada mereka. Beliau juga turut mendoakan agar rakan-rakan terus sihat dan berbahagia di samping keluarga.
Majlis seterusnya menjemput setiap rakan-rakan pesara pengetua menyampaikan ucapan. Rata-rata mereka menyatakan kegembiraan dan kesyukuran setelah berjaya menamatkan perkhidmatan dengan cemerlang. Mereka turut melahirkan keriangan kerana kini mereka mempunyai masa untuk bersama keluarga, melayan anak-anak dan melakukan perkara-perkara yang selama ini tidak dapat dilaksanakan disebabkan kesibukan bekerja. Namun, apa yang nyata , kesemuanya terasa begitu 'kehilangan ' untuk mendidik anak-anak murid dan bersama para pelajar! Bagi yang masih berkhidmat, mereka menasihatkan agar menumpukan segala usaha dengan penuh minat untuk menyumbang ke arah kecemerlangan pendidikan. Begitulah semangat jitu yang masih kukuh di dalam jiwa pendidik-pendidik ini.
Sebelum menamatkan majlis, YDP MPSMNS juga telah menyampaikan sumbangan cenderamata kepada setiap pesara sebagai tanda terima kasih di atas sokongan dan kerjasama terhadap MPSMNS selama ini. Kita doakan agar rakan-rakan kita ini akan diberkati Allah kehidupan mereka, beroleh kesihatan dan berbahagia di samping keluarga. InsyaAllah..
Dalam majlis ini juga, Krew LENSA SMK Taman Tuanku Jaafar telah diberikan kepercayaaan untuk mengambil gambar-gambar majlis dan gambar setiap pengetua untuk tujuan menyediakan kad pengenalan kepada setiap ahli MPSMNS. Pihak MPSMNS merakankan ucapan terima kasih dan syabas kepada Krew LENSA yang diketuai oleh Puan Sabariah . InsyaAllah , pada masa hadapan , kita akan dapat bekerjasama lagi..
Wednesday, 21 September 2011
Mesyuarat Agung MPSM Negeri Sembilan Ke-50
Gambar 1 | Gambar 2 |
Gambar 3 | Gambar 4 |
Gambar 5 | Gambar 6 |
Gambar 7 | Gambar 8 |
Gambar 9 | Gambar 10 |
Gambar 11 | Gambar 12 |
Gambar 13 | Gambar 14 |
Gambar 15 | Pencatat minit |
Tuesday, 23 August 2011
Tahniah Tuan Haji Zakaria Sulaiman dan Puan Hajah Radiah Jonet
Warga MPSM Negeri Sembilan mengucapkan tahniah kepada Tuan Haji Zakaria bin Sulaiman, Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah Sukan Negeri Sembilan SMK Za'ba, Kuala Pilah di atas pelantikan sebagai pengetua baharu SMK Jelai Kuala Pilah. mulai 1 Ogos 2011.
Friday, 19 August 2011
Selamat Bersara Puan Jainah
Seluruh warga MPSM Cawangan Negeri Sembilan mengucapkan Selamat Bersara kepada Puan Jainah binti Jantan, Pengetua Cemerlang SMK Tunku Besar Tampin yang telah bersara wajib pada 2 Ogos 2011 yang lalu. Juga diucapkan selamat menyambut hari lahir pada 3 Ogos 2011. Terima kasih di atas jasa dan sumbangan puan dalam membangunkan sekolah-sekolah yang puan pimpin di sepanjang tempoh perkhidmatan puan. Semoga puan berbahagian di samping keluarga tersayang dan sentiasa dapat memberi sumbangan kepada warga pendidik selepas persaraan ini.
Thursday, 12 May 2011
Selamat Bersara
Selamat Bersara diucapkan kepada Y.Bhg. Datin Hjh Zakiah bt. Kassim, Pengetua SMKA Pedas pada 18 Mei 2011. Tahniah atas perkhidmatan yang cemerlang, semoga semuanya diberkati Allah s.w.t.
Mesyuarat Pengujian & Penilaian
MPSM N.Sembilan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tuan Pengarah Pelajaran Negeri Sembilan atas kesudian beliau merasmikan mesyuarat tersebut.
Wednesday, 13 April 2011
Selamat Bersara
Daripada YDP MPSMNS & AJK.
Subscribe to:
Posts (Atom)